Search

Ngek Puteri Santubong

  • Share this:

EPISOD 1 ?
Sapakah org swak yg sik tauk lagenda Puteri Santubong n Puteri Sejinjang? Masa kecik aku obses ngan lagenda tok. Sedihnya xda difilemkan. Jadi beriklah ruang ngek menghidupkan kembali lagenda tok minggu tok! Bagi adik2 ngek yg sik tauk, ngek akan ceritakan lagenda tok untuk pengetahuan ktk org semua melalui beberapa episod minggu tok. Ada banyak versi lagenda tok dikhabarkan, tapi versi yg abang crita tok adalah versi paling abang obses dolok. Jgn nisik tauk lagenda rakyat negeri dimpun kohhhh... (Ngek makei Bahasa Melayu untuk memudahkan urang yg kurang paham bahasa Sarawak)
Kononnya pada zaman dahulu, sekitar abad ke-18 terdapat 9 beradik keturunan Sultan Brunei (7 putera, 2 puteri) yg melarikan diri setelah ayahanda nya dibunuh dalam komplot di Brunei pada masa itu. Ke-9 mereka melarikan diri dari Brunei turun ke sebuah tempat yg kita panggil Kuching pada masa kini, lebih spesifik, kawasan Santubong sekarang.
Pelarian 9 bradik ini menuntut mereka untuk menyeberangi Laut Cina Selatan untuk ke Tanah Melayu(smnanjung Malaysia). Oleh kerana gusar dengan keselamatan puteri mereka, ke-7 org putera decided meninggalkan mereka d Santubong saja. Maka belayarlah ke-7 org putera ke tanah melayu.
Ke-7 org putera selamat sampai ke Tanah Melayu dan hidup d sana. Inilah sebabnya tdapat dakwaan adanya keturunan Sultan Brunei di smnanjung. Cuma gelaran Pangeran, etc tak digunakan lagi kerana bimbang akan diburu oleh org yg sama membunuh ayahanda mereka pada masa itu.
Berbalik kepada 2 puteri yg ditinggalkan di Santubong... Puteri Santubong n Sejinjang tersangatlah cantik menurut lagenda. Sehinggakan kaum Dayak yg melalui kawasan tersebut hairan dan berfikir dari mana dtgnya puteri ini. Mereka menggelarkan mereka puteri dari kayangan(bala dak dewa turun kayangan, dlm lirik lagu rakyat ini). Kaum Dayak tertawan melihat kecantikan 2 puteri dan tak pernah melihat mereka sebelum itu.
Puteri Santubong - gemar menenun kain. Kain yg dihasilkan sgt cantik n menjadi kesukaan org2 kampong d sekitar... Santubong suka menenun kain pada waktu MALAM kerana cuacanya yg dingin, tak panas. Kecantikannya tak tergambar pada masa itu setanding saudaranya Puteri Sejinjang.
Bersambung...


Tags:

About author
"NGEK" is a word that is use by Sarawakian, Borneo to greet another person in kinda funny way... There are million ways on how to use it~ Enjoy this channel with dozens of characters, played by 1 person, NegkTsai! Subscribe!
View all posts